MENJELANG hari mengundi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu ini, Pakatan Harapan (HARAPAN) sedang jauh mendahului sokongan pengundi berbanding gabungan lain.
Pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui media pada satu program di Parlimen Pasir Salak pada Isnin berkata, maklumat itu berdasarkan data dan kajian setempat yang dilaksanakan.
Ditanya mengenai keyakinan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) meraih majoriti mudah pada hari mengundi Sabtu ini, Anwar berkata, keyakinan itu harus berdasarkan data.
“Kita yakin ini mesti berdasarkan data dan kajian daerah setempat dan kalau ikut data dan kajian, saya tak fikir mana-mana orang menafikan HARAPAN sekarang sedang jauh mendahului ketika ini ” katanya.
Semalam Gergasi penyelidikan pasaran yang berpangkalan di United Kingdom YouGov. melalui tinjauannya antara 8 hingga 14 November lepas mencadangkan HARAPAN akan memperoleh undi paling besar, iaitu 35 peratus.
Ini akan diikuti oleh Perikatan Nasional (20 peratus) dan BN (17 peratus).
Sementara itu, Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mengunjurkan bahawa gabungan itu sudah mempunyai 90 kerusi dalam tangan dan sedang cuba untuk mendapatkan 100 kerusi.
Harapan untuk tukar k'jaan makin cerah |
“Semua kerusi-kerusi kita di negeri-negeri yang kubu kuat kita, iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan kubu kuat terbaru kita iaitu Negeri Sembilan, kita akan menang besar di kesemua keempat-empat negeri ini.
“Negeri tumpuan kita yang baru iaitu Perak, juga kita nampak ada peningkatan yang mendadak terutamanya dari pengundi-pengundi Melayu,” katanya ketika berceramah di Balik Pulau, Pulau Pinang.
0 Comments