Zizan Razak sakit, dirawat di Kuala Lumpur


ARTIS sensasi, Zizan Razak dijangkiti virus Influenza A dan kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Perkara itu dimaklumkan Zizan, 35, melalui akaun Instagram peribadinya pada Khamis dengan memuat naik sekeping gambar dia sedang terbaring di hospital.
Muat naik Zizan di Instagram


Menurutnya, pada masa ini, dia sedang menerima rawatan dan berada di bawah pemantauan doktor.

“Kini Zizan masih lagi dalam rawatan dan pemantauan pihak hospital kerana terkena virus Influenza A,

“Yang cuma satu A dan bukan 9A sepertimana keputusan peperiksaan SPM,” jelas Zizan sambil berseloroh kepada peminatnya di Instagram.

Sementara itu, Zizan yang kini sedang menjalani penggambaran sebuah filem sempat menasihati orang ramai agar lebih berwaspada jika menjalankan aktiviti luar.

“Jadi nasihat Zizan pada semua berhati hatilah bila ke tempat awam. Pakailah topeng atau apa saja untuk mengelak dari terkena apa apa jangkitan yang datang dari udara yang kita tidak Nampak,” tambahnya lagi.

Pelakon dan pengacara itu turut memohon supaya orang ramai mendoakan agar beliau cepat sembuh dan sempat berterima kasih kepada kenalan yang telah menziarahinya di hospital.

Sebagai rekod, virus Influenza mudah merebak daripada satu individu kepada individu  sama ada menerusi sentuhan ataupun rembesan cecair dari hidung.

Pesakit akan mengalami demam, selesema dan batuk berpanjangan yang boleh menyebabkan komplikasi lain jika tidak dirawat.

 

Post a Comment

0 Comments