Pos kawalan sempadan M'sia diserang.


POS kawalan 19 pasukan Pasukan Gerakan Am (PGA) berhampiran pagar sempadan di Padang Besar dilapor diserang.

Memetik laporan media, serangan itu dipercayai dilakukan sekumpulan dipercayai warga Thailand, menggunakan mercun roket,

Komander Briged Utara, PGA Hulu Kinta, Perak SAC Abdul Ghani Mohamad Ji dalam satu kenyataan berkata, pos kawalan berkenaan diserang kira-kira 11.20 pagi tadi dengan empat das.

Satu tembakan difahamkan berkenaan mengenai cermin dan satu lagi turut mengenai dinding pos berkenaan.

"Ketika pasukan PGA sedang membuat benteng pertahanan, mereka dikejutkan sekali dengan dua das mercun roket yang dihalakan ke arah mereka kira-kira 12.40 tengah hari tadi (Isnin).

"Namun, tiada anggota yang cedera dalam kejadian tersebut," katanya.

Pihak PGA tambahnya telah memaklumkan insiden itu kepada pihak berkuasa Thailand juga telah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan satu laporan polis telah dibuat.

Serangan itu katanya dipercayai untuk menakutkan anggota PGA berikutan kejayaan mereka menggagalkan cubaan menyeludup daun ketum ke negara itu.
 

Post a Comment

0 Comments