TINDAKAN sekumpulan remaja yang menunggang basikal lajak dalam keadaan merbahaya secara berkumpulan yang dimuat naik ke laman sosial baru-baru ini mengundang kritikan warganet.
Dipercayai berlumba menuruni bukit, tindakan mereka yang dianggar sekitar lima ke enam orang itu sifatkan merbahayakan diri sendiri.
Malah mereka turut di kritik kerana meletakkan pengguna jalan raya lain dalam risiko kemalangan.
Terdahulu, aksi mereka dirakam seorang pemandu teksi yang kebetulan melalui jalan Taman Muda dekat Ampang, Kuala Lumpur.
Rakaman itu yang memaparkan dua rakan mereka mengekori kumpulan remaja tersebut dengan menaiki motosikal. beberapa remaja tersebut turut dirakam terbabas.
![]() |
Kesan buruk aktiviti basikal lajak |
Pemandu teksi yang merakam aksi tersebut juga turut memarahi remaja terlibat kerana aksi mereka sangat berbahaya.
- Video -
Dalam perkembang berbeza, Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam melepas dan membebaskan jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja basikal lajak dua tahun lalu.
Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya berkata, keadaan bahaya yang menyebabkan berlaku kemalangan jam 3.20 pagi. 18 Febuari 2017 itu sendiri dicipta kumpulan basikal lajak tersebut.
Siasatan turut mendapati tertuduh tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit serta memakai tali pinggang keledar ketika memandu sekali gus membuktikan tertuduh memandu dalam keadaan bertanggungjawab dan berjaga-jaga.
Sementara itu Siti Hajar turut mengingatkan ibu bapa supaya menjaga anak-anak bagi mengelak kejadian itu berulang.
Pihak polis juga diminta untuk bertindak tegas terhadap aktiviti lumba haram basikal lajak dikalangan remaja.

0 Comments