JUMLAH mangsa banjir di negeri Perak dan Johor dilapor semakin meningkat.
Di Perak malam tadi, sejumlah 550 penduduk daripada 150 keluarga telah ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 508 orang daripada 125 keluarga pada petang semalam.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, setakat pukul 8 malam tadi, daerah Hilir Perak mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 326 mangsa membabitkan 83 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS.
Tiga PPS tersebut ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (204 mangsa daripada 50 keluarga, Langkap (83 mangsa daripada 21 keluarga) dan SK Dato' Yahya Subban (39 mangsa daripada 12 keluarga).
Seramai 188 lagi mangsa banjir daripada 48 keluarga di daerah Kerian berada di dua PPS iaitu SK Changkat Lobak (149 mangsa daripada 35 keluarga), manakala seramai 39 mangsa daripada 13 keluarga di Dewan Parit Haji Aman.
"Seramai 36 penduduk daripada 19 keluarga lagi masih berada di Dewan Serbaguna Kampung Haji Tahir susulan banjir di Tapah dalam daerah Batang Padang," kata jurucakap JBPM.
Sementara di Johor, Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 482 mangsa daripada 118 keluarga setakat jam 8 malam ini, berbanding 478 mangsa melibatkan 116 keluarga pada sebelah petang.
![]() |
Exco K'jaan Johor - Tan Chen Choon |
0 Comments