Lelaki dihuatiri lemas lepas terjun jambatan


SEORANG
jurujual kereta berusia 42 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu.

Bisrafel Bijuri, dikatakan menunggang motosikal berseorangan dan meninggalkan motosikal yang dinaikinya di atas jambatan sebelum terjun ke dalam sungai itu.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Kelantan, Mohd Farid Ismail berkata, gerakan mencari mangsa dilakukan selepas menerima maklumat dari orang awam sekitar jam 10.30 pagi tadi.

“Seramai 22 anggota Bomba termasuk Pasukan Penyelamatan di air, PPDA terlibat dalam operasi pencarian yang dilakukan di sekitar kawasan  mangsa jatuh” katanya dipetik.

Bagaimanapun tambah Mohd Farid, keadaan sungai yang deras serta keadaan air berkelodak menjadi kekangan dalam operasi pencarian.

Mangsa yang dikatakan mempunyai dua orang anak dipercayai mengalami kemurungan.

Post a Comment

0 Comments