Rawang banjir lagi, penduduk pasrah


ISU
Banjir kilat di Rawang, Selangor nampaknya masih tidak selesai dan ia terus menghantui penduduk sekitar daerah itu.

Semalam, Jalan Rawang-Batu Arang dinaiki air berhampiran susur keluar tol Rawang hingga persimpangan Aeon Rawang dinaiki air.

Menerusi gambar dikongsi orang awam di Facebook Rawangku, air naik kira-kira 70 sentimeter dan kelihatan beberapa kenderaan meredah banjir kilat tersebut.

Banjir kilat itu yang berpunca dari hujan diburukkan lagi dengan projek pembinaan yang sedang dilaksana di kawasan berikut.

Insiden banjir itu turut dikongsikan beberapa sesawang komuniti di Facebook antaranya Rawang Community Alert dan Rawang Discovery Channel.

Bagaimanapun, tinjaun di laman Facebook Rawang Discovery Channel mendapati rata-rata penduduk seolah-olah sudah lali dengan keadaan itu dan mereka menjadikan kegagalan pihak berkuasa menyelesaikan masalah itu sebagai jenaka.

"Rawang pesta air tadi, aku balik keje tengok dah tenggelam sikit jalanraya.," komen Nora Shima.

"Aduhai..... tak sabar nak tunggu 2020..... kete terbang,' tambah pengguna dengan nama Pijan Jer.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan tidak menerima laporan kenderaan terperangkap atau kemalangan susulan kejadian tersebut.

Jalan Rawang- Batu Arang atau dipanggil Jalan B27 kerap dilanda banjir kilat akibat limpahan Sungai Gong dan kali terakhir insiden sama berlaku pada Oktober lalu.

Post a Comment

0 Comments