Kluster baru Covid-19 di Johor


SATU kluster baru pesakit baru koronavirus (Covid-19) muncul di Pengerang, Johor.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, sehingga tengah hari ini, kumpulan itu melibatkan 15 individu di mana 10 orang merupakan rakan sekerja dan lima lagi melibatkan ahli keluarga pesakit indeks

Kes indeks itu dirujuk sebagai Pesakit No 1,508 yang mula menunjukkan gejala pada 12 Mac dan dirawat kerana denggi di sebuah hospital swasta pada 16 Mac.

"Beliau (Pesakit No 1,508) telah dirawat di sebuah klinik swasta pada 16 Mac dan disyaki sebagai menghidap demam denggi.

"Pada keesokan hari, beliau telah merentas beberapa buah negeri untuk mengunjungi sanak saudara di sekitar Selangor," maklum Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Pesakit tersebut kemudian kembali ke Pengerang pada 18 Mac dan kemudian di masukkan ke wad hospital Sultanah Aminah pada 20 Mac dan diuji positif untuk Covid-19 pada 22 Mac.

Sementara itu tambah Dr Noor Hisham, Sebanyak tujuh kes daripada kluster ini masih dalam rawatan manakala lapan kes lagi telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj.

"Manakala tiga kes di dalam kluster ini telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)," jelasnya.

Kementerian Kesihatan berkata sejumlah anggota keluarganya (tidak dinyatakan angka) telah dijangkiti Covid-19 semasa lawatan ini.

Lebih 30 kluster berkaitan Covid-19 telah dikesan di negara ini, maklum KKM.

Post a Comment

0 Comments