Kes pulih dua kali ganda kes baru


SEORANG wanita tempatan berusia 72 tahun menjadi korban terbaru wabak koronavirus (Covid-19) hari ini, maklum Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Bercakap dalam satu sidang media di Putrajaya siang tadi, Dr Noor Hisham memaklumkan mangsa mempunyai latar belakang penyakit barah dan darah tinggi dan dirawat di Hospital Umum Sarawak, Kuching pada 20 Apr sebelum disahkan meninggal dunia hari ini pada 9.15 pagi.

Kematian hari ini menjadikan jumlah keseluruhan korban koronavirus itu setakat ini seramai 93 orang.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham turut memaklumkan perkembangan positif pesakit yang pulih dari wabak tersebut dengan 103 pesakit dibenarkan keluar wad

“Bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah lebih 2 kali ganda bilangan kes yang dilaporkan,” katanya.

Pada Rabu, sebanyak 50 kes baru dilaporkan berbanding 57 kes semalam. ini adalah hari ke-6 kes dua angka dilaporkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Dengan perkembangan terbaharu itu menyaksikan keseluruhan sebanyak 5,532 kes positif dikesan dan 3,452 atau 62.4% daripada jumlah keseluruhan kes pulih.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan umlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 1,987 kes.

43 orang sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 25 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Post a Comment

0 Comments