"TIDAK sabar" itulah perasaan pelumba negara, Adam Norrodin yang bakal membuat penampilan sulungnya dalam saingan moto2 di litar antarabangsa Misano World Circuit Marco Simoncelli, Itali hujung minggu ini.
Sambil menyifatkan Misano sebagai trek yang sukar Adam yang akan menunggang untuk Petronas Sprinta Racing Moto2 menggantikan Khairul Idham Pawi pada perlumbaan itu mahu menjadikan perlumbaan itu nanti sebagai pentas pembelajarannya.
Adam Norrodin kini beraksi di Eropah |
"Saya sudah tonton perlumbaan tahun lepas berkali-kali di samping beberapa perlumbaan tahun ini, dan saya juga ada berbual dengan beberapa pelumba lain supaya saya dapat memahami bagaimana enjin Triumph bekerja,” tambahnya.
Sambil mengakui tidak meletak harapan terlalu tinggi pada perlumbaan tersebut, Adam mensasarkan untuk tetap konsisten dalam setiap sesi yang dijalankan nanti.
“Jika dapat keputusan baik, ia satu bonus,” kata yang mahu menyerlahkan kemahiran sebenarnya di perlumbaan itu nanti.
Adam tidak asing bagi pasukan Petronas, pelumba berusia 21 tahun itu beraksi selama tiga musim bersama pasukan itu dalam kelas Moto3 dari 2016 sehingga 2018.
Ketika ini, Adam beraksi bagi kelas Moto2 di European Moto2 Championsip untuk pasukan SIC Junior ZK Racing.
0 Comments