JUMLAH pesakit positif Covid-19 di seluruh dunia dilapor terus meningkat.
Berdasarkan data terbaharu oleh Johns Hopkins University, jumlah kumulatif jangkitan setakat wabak itu setakat pagi tadi telah mencecah 11.15 juta kes.
Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 2.83 juta kes, Brazil menjadi negara kedua terkesan wabak itu dengan angka jangkitan 1.53 juta kes. Jangkitan di Rusia pula melepasi 673 ribu kes.
Negara keempat dan kelima merekodkan kes jangkitan yang tinggi adalah India dengan 648,000 kes dan Peru dengan 295,000 kes. United Kingdom pula mencatat 286 ribu kes.
Lima lagi negara yang mencatat angka melebihi 200,000 ialah Sepanyol, Itali, Mexico, Iran dan Pakistan.
Di Asia Tenggara, Indonesia mencatat kes tertinggi dengan jumlah lebih 62,000 kes, diikuti Singapura dengan 44,000 kes.
Manakala angka kematian global terus meningkat.
Jumlah kumulatif kematian global kini adalah sebanyak 527,827 kes dengan lebih 4,000 kematian dilaporkan setakat tempoh 24 jam lalu.
Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 129,000 kes.
Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 63,000 dan 44,000 kes korban.
India mencatatkan kes kematian tertinggi di Asia dengan merekodkan 18,000 kes kematian.
0 Comments