Tukar Speaker: Bagaimana jika Muhyiddin tak cukup majoriti?


SEORANG
Ahli Parlimen dari KEADILAN, P Prabakaran mengkritik percubaan Muhyiddin Yassin cuba mengetepikan speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff dan timbalannya.

Malah tegasnya, sekiranya Muhyiddin boleh mengemuka usul tersebut, pembangkang juga wajar diberi peluang menamakan speaker baru sekiranya usul dibawa Muhyiddin itu ditolak dalam sidang Isnin depan.

"Demokratik parlimen Malaysia memberi hak kepada pembangkang untuk menamakan calon speaker yang baru sekiranya jawatan tersebut kosong.
 https://t.me/kartelmedia
"Tapi, kami yang tidak dapat mencalonkan pilihan kami kerana notis pemberitahuan perlu diserahkan 14 hari sebelumnya untuk menamakan calon pilihan pembangkang.

"Kami nak buat notis pemberitahuan calon speaker dari blok pembangkang, sekiranya Muhyiddin sendiri selaku perdana menteri tidak pasti sama ada mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

"Maka, saya meminta Dewan Rakyat supaya mengadakan sesi lain iaitu sekurang-sekurang 14 selepas sekiranya Ariffin dilucutkan jawatan," katanya dipetik Malaysiakini.

Malaysiakini dalam laporanya mendakwa, Muhyiddin membuat empat usul berhubung speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat dan menggantikan dengan calon yang dinamakannya.

Empat usul tersebut masing-masing diletak sebagai usul nombor dua, tiga, empat dan lima.

Usul kedua difailkan Muhyiddin adalah untuk mengosongkan jawatan Mohamad Ariff selaku speaker dan usul ketiga beliau mencadangkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) Azhar Azizan Harun dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat yang baru.

BACA:
HARAPAN akan pertahan speaker dan timbalan - Anwar 

Muhyiddin juga dalam usul keempat mencadangkan jawatan Timbalan Speaker Nga Kor Ming dikosongkan dan dalam usul seterusnya digantikan oleh ahli parlimen Pengerang Azalina Othman.

Bagaimanapun tegas Prabakaran, secara logiknya, usul pencalonan Azhar dan Azalina hanya boleh dibuat sekiranya Muhyiddin benar-benar dapat membuktikan beliau memiliki sokongan cukup dalam dewan.

"Bagaimana, jika Muhyiddin tidak dapat majoriti? Itu soalan pertama.

"Dan ia hanya boleh (menamakan calon) dibuat sekiranya usul dilakukan terhadap Ariffin dan Nga dibuktikan mempunyai majoriti," katanya dipetik.