PRU kilat, PN jangan terlalu yakin


SEORANG 
penganalisis melihat bahawa pentadbiran Munyiddin Yassin tidak berada dalam keadaan baik untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).

Seorang penganalisis, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia (UUM), berkata mungkin terlalu awal untuk membubarkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tahun ini kerana ekonomi diramalkan masih lemah.

Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Muhyiddin tegasnya wajar menanti ekonomi negara benar-benar pulih sebelum pilihan raya diadakan.
https://t.me/kartelmedia
Jangkaan terhadap pilihan raya awal muncul pada 5 Julai apabila pemimpin KEADILAN yang berpaling tadah, Mohammed Azmin Ali berkata PN mungkin mengadakan pilihan raya kilat tahun ini atau tahun depan.

Sementara itu, Mohd Azizuddin turut melihat gabungan itu masih dalam keadaan lemah susulan isu agihan kerusi yang belum diputuskan.

Tindakan tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya akan menyebabkan PN berdepan pengkhianatan di saat akhir atau berdepan perebutan kerusi.

“Kalau terburu-buru, pemimpin Umno mungkin akan boikot PN kerana tak dapat kerusi secukupnya,” katanya dipetik FMT.

Sebagai rekod,  Umno dan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional membentuk blok terbesar dalam PN dengan 43 kerusi. PPBM mempunyai 32 kerusi, PAS 18 kerusi, dan GPS 18 kerusi, serta 3 kerusi parti kecil lain.

Bagaimanapun tegas Azizuddin, Muhyiddin Yassin tidak boleh ambil mudah hal agihan kerusi kerana Muafakat Nasional (kerjasama PAS-Umno) yang mempunyai 61 kerusi boleh bertindak balas atau meninggalkan PN pada saat-saat akhir.

“Mereka mungkin boikot kalau hal kerusi ini tidak ditangani dengan baik,” katanya, dan menambah Umno tahu ia ada sokongan daripada pengikut setianya semasa pilihan raya.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, Azmin tidak boleh terlalu yakin dengan pencapaian gabungan berusia 4 bulan itu.

Ahli akademik dari Universiti Malaya (UM) berkata ada kemungkinan Umno dan PAS tarik diri dari PN apabila Parlimen dibubarkan.

“Pada saat-saat akhir, apa sahaja boleh berlaku,” katanya. “Mereka boleh minta calon Muafakat Nasional dinamakan untuk jawatan perdana menteri dan timbalan, seperti mana yang berlaku pada Februari dengan Langkah Sheraton yang menyaksikan Muhyiddin menjadi perdana menteri.” tambahnya dipetik laporan sama. 

Post a Comment

0 Comments