MALAYSIA mencatatkan jumlah kematian tertinggi sejak April hari ini.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat tiga kematian yang dicatatkan sepanjang 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 133 orang.
Dua daripada kematian tersebut direkodkan di Hospital Tawau, Sabah, sementara yang lain di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.
"Kematian ke-131 melibatkan seorang wanita Indonesia berusia 48 tahun (Kes 10495) yang mempunyai sejarah diabetes dan tekanan darah tinggi.
"Dia dibawa ke jabatan kecemasan Hospital Tawau pada 18 September dalam keadaan separuh sedar dan seterusnya dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 19 September.
"Dia meninggal pada hari yang sama pada pukul 10.20 malam, tetapi hasil ujian positif hanya diperoleh tiga hari kemudian pada 22 September," katanya.
Sementara itu, kematian ke-132, melibatkan lelaki Malaysia berusia 54 tahun (Kes 10493) yang mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan Hospital Semporna kerana demam, batuk, dan kesukaran bernafas pada 18 September.
Setelah ujian Covid-19 kemudian dilakukan, dan lelaki itu dirujuk ke Hospital Tawau pada 20 September untuk dimasukkan ke ICU kerana keadaannya yang semakin buruk.
Menurut Dr Noor Hisham, mangsa disahkan meninggal pada jam 6.55 petang semalam. Pada hari yang sama, ujian keputusan yang diperoleh positif Covid-19.
Sementara itu, kematian ke-133 melibatkan lelaki Malaysia berusia 72 tahun (Kes 9224) yang merupakan sebahagian daripada kluster Tawar.
Difahamkan, mangsa merupakan individu yang rapat dengan Kes 9124 yang telah meninggal pada 30 Ogos.
Noor Hisham berkata Kes 9224 tidak menunjukkan simptom tetapi diuji positif untuk Covid-19 pada 19 Ogos dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, di mana keadaannya merosot dan dimasukkan ke ICU.
Ketika mengulas mengenai perkembangan Covid-19, Dr Noor Hisham memaklumkan dalam tempoh 24 jam lalu di negara ini melepasi tiga angka, iaitu 147 kes dengan Sabah kekal mencatatkan jumlah tertinggi.
![]() |
147 kes baru dikesan |
"Ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 10,505 kes dengan kes aktif pada 770.
"39 kes pulih hari ini sementara lapan dirawat di ICU dengan dua perlukan alat bantuan pernafasan," katanya lagi.
0 Comments