MALAYSIA mencatatkan sebanyak 101 kes baharu Covid-19 hari ini sementara 50 lagi pulih.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada semua kes hari ini, 97 adalah penularan tempatan membabitkan 93 warganegara dan 4 kes bukan warganegara, serta empat kes import.
Sabah masih menjadi negeri menyumbang kes positif tertinggi melibatkan 73 daripada keseluruhan kes penularan hari ini.
“KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat peningkatan kes Covid-19 di Malaysia sejak 7 September lalu.
“Peningkatan kes bagi negeri Sabah dan Kedah banyak menyumbang kepada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam kenyataan.
Dengan perkembangan baru itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 11,135 ke.
Jumlah keseluruhan pesakit yang pulih sehingga kini pula adalah sebanyak 9,939 kes.
Manakala terdapat 1,062 kes aktif kebolehjangkitan dimana 13 sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lima daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.
“KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat kluster baru telah dikenalpasti pada hari ini iaitu di Sabah (dua kluster); masing-masing satu kluster di Selangor dan Johor,” kata Dr Noor Hisham lagi.
Sementara itu, tiada kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kekal 134 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada semua kes hari ini, 97 adalah penularan tempatan membabitkan 93 warganegara dan 4 kes bukan warganegara, serta empat kes import.
Sabah masih menjadi negeri menyumbang kes positif tertinggi melibatkan 73 daripada keseluruhan kes penularan hari ini.
“KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat peningkatan kes Covid-19 di Malaysia sejak 7 September lalu.
“Peningkatan kes bagi negeri Sabah dan Kedah banyak menyumbang kepada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam kenyataan.
Dengan perkembangan baru itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 11,135 ke.
Jumlah keseluruhan pesakit yang pulih sehingga kini pula adalah sebanyak 9,939 kes.
Manakala terdapat 1,062 kes aktif kebolehjangkitan dimana 13 sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lima daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.
![]() |
101 kes baru dilaporkan |

0 Comments