Emir Kuwait meninggal dunia



EMIR Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah telah meninggal dunia semalam.

Berita itu dimaklumkan pejabatnya dalam satu kenyataan yang turut disiar di stesen televisyen di negara itu.

“Dengan kesedihan dan kehibaan yang amat sangat bagi masyarakat Kuwait, dunia Islam dan Arab serta negara lain  yang bersahabat, Emiri Diwan meratapi pemergian Sheikh Sabah al-Ahmad al-Jaber al-Sabah, emir Kuwait,” kata pejabatnya.

Sheikh Sabah Al-Ahmad dilaporkan menghembus nafas terakhir pada usia 91 tahun.

Difahamkan, Sheikh Sabah sebelum ini dilaporkan berlepas ke Amerika Syarikat pada 23 Julai lalu bagi menerima rawatan susulan pembedahan yang dilakukan baru-baru ini.

Sepanjang kepimpinannya, Sheikh Sabah berusaha mengimbangi hubungan dengan negara jiran Kuwait yang lebih besar.

Beliau gigih menjalin hubungan akrab dengan Arab Saudi, membina semula hubungan dengan bekas penjajah Iraq dan terus mengadakan dialog terbuka dengan Iran.

Meninggal ketika berusia 91 tahun
Beliau juga menjadi orang tengah dalam pertikaian di Teluk yang menyaksikan Riyadh dan sekutunya mengenakan boikot ke atas Qatar
 
Putera Mahkota Kuwait yang juga merupakan adiknya, Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dilaporkan bakal menggalas tugas sebagai Emir yang baru.

Post a Comment

0 Comments