PEJABAT Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago ditutup sementara susulan kemungkinan bahawa seorang kakitangan pejabat itu mempunyai kontak rapat dengan seorang pesakit kluster Covid-19.
Langkah penutupan sementara itu diumum sendiri Charles di laman mikro twitternya.
"Pusat khidmat saya akan ditutup bermula 29 September sehingga diberitahu kelak.
"Seorang kakitangan kami mungkin dijangkiti daripada kluster baru di Klang.
"Semua kakitangan akan menjalani ujian Covid-19 pagi esok. Kami akan maklumkan perkembangan itu,” katanya.
Sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan satu kluster baru Covid-19 telah dikesan di Klang.Charles tutup sementara pusat khidmat
Kluster Jalan Apas dibawa oleh pasangan (kes 10,782 dan kes 10,783) yang melawat Tawau dan Semporna pada pertengahan September lalu.
Berikutan penemuan itu, usaha mengesan kontak rapat dijalankan pada 27 September yang mendapati seramai enam lagi individu disahkan positif Covid-19.
0 Comments