Ada yang 'tak kena' dengan alasan k'jaan - Syed Saddiq

 

BEKAS Menteri Belia dan Sukan, Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan keputusan kerajaan untuk menggantikan kenderaan rasmi Proton Perdana untuk menteri dengan Toyota Vellfire.

Mengesyaki "ada yang tidak kena" dengan alasan disebalik keputusan itu, beliau berkata, ketika menganggotai jemaah menteri ketika pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) beliau telah membantah cadangan untuk menggantikan kenderaan rasmi itu dengan Toyota Vellfire.

Bantahan itu jelasnya atas alasan mengekalkan proton akan menjimatkan wang kerajaan selain kabinet ketika itu mahu menyokong Proton, yang merupakan jenama kenderaan tempatan.

“Kerajaan (hari ini) pada masa musim orang susah luluskan kereta Toyota Vellfire sebagi kereta rasmi baru.

"Kenapa secara tiba-tiba? Kata nak bantu rakyat, macam mana beli banyak Vellfire boleh bantu rakyat?

"Mesti ada udang di sebalik batu. Persoalannya, siapa makan duit? Siapa orang tengah? Siapa dapat tender? Kita kena siasat betul-betul," kata Ahli Parlimen Muar itu menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Putrajaya secara senyap-senyap membayar pajakan bulanan kereta Toyota Vellfire 2.5 untuk menteri kabinet sejak April lalu dengan kos bulanan RM5,759.35 setiap satu.

Ia bagi menggantikan kenderaan rasmi Proton Perdana 2.4L yang digunakan oleh menteri persekutuan.

Keputusan menukar kenderaan rasmi itu hanya terbongkar apabila Putrajaya terpaksa menjawab soalan bertulis daripada Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz terpaksa tampil dengan alasan kos sewa bulanan Toyota Vellfire adalah lebih murah.

Mengikut harga yang disediakan oleh Kementerian Kewangan, kos bulanan Toyota Vellfire 2.5L ialah RM4,851.61 manakala Proton Perdana 2.4 Premium ialah RM4,854.41 sebulan.

Ini bermakna penjimatan adalah sebanyak RM2.80 setiap kenderaan sebulan.

Keputusan kerajaan itu bukan sahaja dikritik pemimpin pembangkang dan orang awam.

Persatuan Kereta Sewa Malaysia ketika mengulas itu itu turut mendakwa kos pajakan Toyota Vellfire dinyatakan Zafrul sebagai tidak munasabah.

K'jaan dakwa jimat RM2.80 untuk setiap sewaan
Presidennya Farouk Fernandez berkata, kos bulanan yang dinyatakan oleh kerajaan tidak masuk akal dari segi kos pajakan bulanan kenderaan berdasarkan anggaran harga kenderaan itu.

Tambahnya, perlu diambil perhatian kenderaan dijual pada harga berbeza kepada kerajaan berbanding entiti swasta.

Post a Comment

0 Comments