Pertembungan BN dan PN isyarat k'jaan Ismail tak stabil


KERAJAAN
Persekutuan pimpinan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakon dikritik setelah disifatkan gagal menstabilkan keadaan politik negara.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar membuat kritikan itu di Dewan Rakyat merujuk kepada pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) - dua gabungan dalam kerajaan persekutuan - dalam Pilihan raya Negeri (PRN) Melaka.

Jelasnya, ketika Pakatan Harapan (HARAPAN) sangggup menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan kerajaan persekutuan bagi memastikan kestabilan politik, BN dan PN pula berlawan sesama sendiri dalam PRN Melaka.

"Di peringkat persekutuan, ini kerajaan bersama, (iaitu) BN dan PN.
"Tiba-tiba di Melaka, mereka berebut kuasa...Apakah ini yang kita nak beri kepada penduduk Melaka. Porak-poranda akan membawa kepada ketidakstabilan politik."tegasnya

Semua kerusi dipertandingi pada PRN Melaka akan menyaksikan sekurang-kurangnya pertandingan tiga penjuru apabila BN, PN dan HARAPAN masing-masing meletakkan calon di semua 28 kerusi.

Sementara itu Mahfuz mempersoal tindakan calon PN Mas Ermieyati, yang merupakan timbalan menteri dalam pentadbiran Ismail Sabri Yaakob, kerana bertanding menentang calon parti perdana menteri.
 
"Saya tidak tahu sama ada dia letak jawatan atau tidak, tetapi ini adalah perkara yang perlu dilihat," katanya.

DUN Tanjung Bidara akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin dan calon HARAPAN Zainal Hassan.

Mahfuz berkata, situasi yang dilihat kucar-kacir dalam kerajaan itu perlu diselesaikan secepat mungkin.

Kucar kacir parti dalam k'jaan perlu segera selesai
“Sebab itu bagi saya, sudah sampai masanya. Kalau nak dibubarkan parlimen pun...sudah diperlukan sekarang," katanya lagi.

PRN Melaka turut menyaksikan Umno dan PAS yang mengikat kerjasama politik melalui Muafakat nasional bertembung sesama sendiri setelah PAS memilih untuk bertanding menggunakan lambang PN.

Malah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dipetik media mengarahkan penyokong partinya mengundi PN jika berlaku pertembungan dengan Umno.

Post a Comment

0 Comments