SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) dicadangkan supaya menyelaras dan menganjurkan debat secara langsung antara calon-calon Ketua Menteri Melaka yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri kali ini.
Debat tanpa melibatkan kehadiran penonton itu dicadangkan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong susulan larangan berkempen secara bersemuka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
“Kempen PRN Melaka merupakan satu cabaran yang besar kerana sukarnya bertemu dengan pengundi berikutan larangan kempen oleh kerajaan Ismail Sabri Yaakob.
“SPR boleh mengambil teladan daripada debat secara langsung di antara Lim Guan Eng dan Wee Ka Siong baru-baru ini yang membolehkan rakyat membuat penilaian sendiri setelah mendengar hujah-hujah mereka,” katanya.
Beliau turut mencadangkan siaran debat itu disiarkan di rangkaian TV dan platform digital.
“Malah, calon-calon di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang utama juga patut mengadakan debat antara tiga gabungan ini,” tambah Chin Tong lagi.
Penganjuran ceramah, syarahan, kempen secara fizikal adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, demikian menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.
Turut dilarang semasa PRN Melaka adalah kempen ziarah rumah ke rumah, aktiviti tinjauan mesra (walkabout) dan pengedaran risalah kepada orang awam secara bersemuka.
Calon juga digalakkan berkempen menggunakan rangkaian televisyen, akhbar tempatan selain memanfaatkan penggunaan teknologi di dalam tempoh kempen selaras norma baharu yang perlu diamalkan berikutan pandemik COVID-19.
Debat wajar diadakan susulan SOP ketat |
"Saya minta kerajaan beri jaminan seperti yang berlaku semasa pilihan raya di Singapura iaitu medium media seperti TV, radio perlu beri akses sama pada semua parti bertanding," katanya semasa perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
0 Comments