Keputusan semakan kehakiman pembubaran DUN Melaka diketahui esok



MAHKAMAH TINGGI menetapkan esok untuk keputusan sama ada Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Melaka Adly Zahari boleh mendapat izin untuk membuat semakan kehakiman mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri Melaka membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atas nasihat bekas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

Hakim Noorin Badaruddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam Adly, Razlan Hadri Zulkifli, dan Peguam Kanan Persekutuan S Narkunavathu yang hadir bagi pihak Peguam Negara.

Razlan dalam penghujahannya menegaskan bahawa Sulaiman telah kehilangan sokongan majoriti 28 ADUN untuk menasihatkan pemimpin negeri itu membubarkan DUN pada 4 Okt seterusnya mengadakan Pilihan Raya Neger (PRN) Melaka.

Justeru jelasnya, anak guamnya mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) dalam permohonan itu kerana disebabkan proklamasi membubarkan DUN oleh responden menyebabkan beliau bukan lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Melaka.

Pada 22 Okt, Adly mendakwa Sulaiman cuma mempunyai sokongan 11 wakil selepas empat individu menarik sokongan. HARAPAB pula mempunyai sokongan 13 wakil daripada 28 kerusi DUN.

Adly juga mahu memohon membatalkan segera pengisytiharan pembubaran DUN 4 Okt itu, kerana makluman pewartaan pada keesokannya terbatal dan tidak sah atas alasan dibuat tanpa pengetahuan Yang Dipertua.

Malah tegasnya adalah sangat tidak munasabah dan tidak rasional bagi Sulaiman meminta Mohd Ali membubarkan DUN Melaka berpandukan Artikel 7(4) Perlembagaan Negeri Melaka dalam keadaan pandemik atau endemik COVID-19 yang sedang berlaku di negara ini.

Adly mohon writ SPRM ditangguhkan


Justeru beliau mahu memohon Mahkamah Tinggi membatalkan writ dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 18 Okt, serta PRN pada 20 Nov, ditangguhkan sehingga perintah mahkamah diperoleh.


Adly menamakan Sulaiman, bekas Speaker DUN Ab Rauf Yusoh, SPR dan Yang Dipertua Melaka Mohd Ali Rustam sebagai responden.

Sebagai rekod, Kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) tumbang selepas tiga exco meletak jawatan dan seorang ADUN Umno menarik sokongan terhadap Sulaiman.
 

Post a Comment

0 Comments