Indonesia mula jadikan hotel pusat rawat pesakit Covid-19



BEBERAPA hotel di sekitar Jakarta kini dijadikan tempat merawat pesakit Covid-19 susulan peningkatan drastik jangkitan di republik itu.

Ketua Bidang Kesihatan Masyarakat, Provinsi Jakarta, Fify Mulyani melalui siaran di Youtube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia Ibis Style di Jakarta Utara dan U Stay Hotel di Jakarta Barat, telah dijadikan tempat rawatan dan kuarantin bermula semalam.

Tindakan itu diambil pemerintah susulan hospital di provinsi itu dilaporkan mula mencapai kapasiti penuh.

Pada 14 Sept lepas, Gabenor Jakarta Anies Baswedan menyatakan 67 hospital di Jakarta berada di tahap lebih 70 peratus penggunaan peralatan, katil serta kemudahan perubatan. Ia berdasarkan kepada purata 100 kes baru setiap hari.

Hotel dijadikan pusat rawatan Covid-19
Sementara itu Ketua Persatuan Hotel dan Restoran Indonesia, Krisnadi dalam kenyataan berkata, pihaknya telah mengenalpasti kira-kira 30 hotel di sekitar Jakarta yang boleh hospital sementara bagi merawat dan kuarantin pesakit Covid-19.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kes keseluruhan tertinggi di republik Indonesia iaitu 72,577 kes, dengan kematian keseluruhan 1,716 orang.

Berdasarkan data BNPB, Indonesia hari ini mencatatkan 4,002 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 282,724 kes.

Sebanyak 132,496 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan di seluruh Indonesia.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, 128 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 10,601 orang.

Post a Comment

0 Comments