MB Negeri Sembilan yakin Anwar ada sokongan



MENTERI Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun yakin bahawa Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti bagi membentuk kerajaan baharu.

Merujuk sidang media oleh Anwar minggu lalu, Aminuddin berkata, tidak mudah untuk mana-mana pemimpin membuat kenyataan begitu, terutama apabila ia membabitkan pihak istana.

"Saya yakin beliau ada nombor yang disebut dan saya juga yakin yang beliau sudah buat kerja dan dapat sokongan yang dinyatakan,"

"Bagi saya bukan mudah seorang pemimpin beri kenyataan tentang beliau dapat sokongan tanpa ada bukti, tanpa ada penzahiran oleh ahli Parlimen kerana ia libatkan istana," kata ADUN Sikamat itu.

Aminuddin yakin Anwar ada sokongan
Pada 23 September lalu, Anwar yang merupakan pengerusi Pakatan HARAPAN (HARAPAN) dalam satu sidang media mengumumkan bahawa beliau telah mendakwa mendapat sokongan yang 'kukuh dan meyakinkan' untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tanpa mendedahkan jumlah sokongan dan nama parti yang menyokong beliau, Anwar berkata, sokongan yang diterima adalah daripada kalangan pemimpin Melayu dan Islam.
 
“Alhamdulillah kini saya telah dapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli-ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur itu.

Anwar berkata beliau telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara.

Dalam sidang media itu, Anwar menjelaskan bahawa semua langkah dan perincian lanjut hanya akan didedahkan selepas pertemuan dan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Post a Comment

0 Comments