SEBUAH portal berita tempatan melaporkan, Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin 'mengamuk' di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor.
Menurut laporan itu kejadian berlaku di bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).
Ia didakwa berpunca dari keengganan Hajiji untuk mematuhi perjanjian awal yang telah dipersetujui bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
“Menurut perjanjian awal, PN bersetuju untuk melantik Bung sebagai Timbalan Ketua Menteri dengan memegang portfolia Kerja Raya, manakala 3 orang ADUN Umno akan dilantik sebagai menteri dengan seorang memegang portfolio kanan sebagai syarat untuk Umno menyokong calon Bersatu sebagai jawatan ketua menteri.
“Namun setelah mengangkat sumpah, Hajiji enggan mematuhi perjanjian tersebut dengan melantik Bung memegang portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
“Disebabkan itu Bung mengamuk dan berteriak di hadapan Hajiji agar menghormati perjanjian awal yang telah dipersetujui sebelum ini,” kata laporan itu yang dipetik dari seorang sumber.
Tidak dapat dipastikan sama ada kejadian itu benar-benar berlaku.
Sementara itu, laporan sama mendakwa Bung memanggil satu sidang akhbar khas bagi memaklumkan untuk menarik kembali sokongan terhadap Bersatu sekiranya Hajiji bertegas dengan keputusannya
Muhyiddin Yassin kemudiannya dikatakan terpaksa campur tangan dengan mengarahkan Hajiji agar akur dengan perjanjian sebelum ini.
Dalam perkembangan lain petang ini, Hajiji Noor pada satu sidang media mengumumkan pertukaran portfolio Bung Moktar daripada kerajaan tempatan ke kerja raya.
![]() |
Bung dilapor tidak puas hati |
Pagi tadi, Bung Moktar, bersama Presiden STAR, Jeffrey Kitingan, dan Naib Presiden PBS, Joachim Gunsalam dilantik sebagai timbalan ketua menteri Sabah.
Mereka mengangkat sumpah jawatan selepas Hajiji Noor, mengangkat sumpah ketua menteri di hadapan Yang di-Pertua Juhar Mahiruddin di Istana Negeri hari ini.
0 Comments