MESKIPUN isu siapa Ketua Menteri Sabah telah diputuskan, namun pergolakan antara Bersatu dan Umno dilihat masih belum reda.
Terbaharu, Pemuda Umno mengingatkan parti pimpinan Muhyiddin Yassin agar tidak angkuh selepas Umno beralah dalam isu calon ketua menteri Sabah.
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ahli Umno ada maruah dan tidak selamanya parti itu boleh mengalah.
Asyraf mengungkit apa yang didakwanya sebagai pengorbanan dari Umno kepada Bersatu sejak parti Barisan Nasional (BN) yang mempunyai 43 Ahli Parlimen bersetuju Presiden Bersatu itu dilantik sebagai perdana menteri.

Beliau turut merujuk kepada beberapa kerusi Menteri Besar yang dilepaskan Umno kepada parti itu di beberapa negeri susulan krisisi politik yang berlaku sebelum ini.
“Waktu nak tubuhkan kerajaan Perak, demi rakyat, Umno-BN dengan kerusi terbesar 25 Adun berjiwa besar, tetap mengalah kepada Bersatu yang hanya ada 4 kerusi untuk mengangkat Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar.
![]() |
Pemuda Umno bidas Bersatu |
“Waktu nak tubuhkan kerajaan Sabah, Umno-BN dengan kerusi terbesar 14 Adun sekali lagi mengalah kepada Bersatu yang hanya ada 11 kerusi untuk mengangkat Hajiji sebagai KM (ketua menteri),” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Sebagai rekod, ADUN Sulaman dari Bersatu, Hajiji Mohd Noor mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri pagi tadi.
Umno sebelum ini mahu pemimpin dari BN, Bung Mokhtar Radin diangkat sebagai ketua menteri Sabah jika gabungan mereka bersama Bersatu dan sekutu mereka memenangi PRN Sabtu lalu.
Sementara itu, Asyraf mengingatkan parti pimpinan Muhyiddin mengenai sikap jujur dan ikhlas dalam menjalin persabahatan.
as.
“Biarpun tidak diharap sebarang penghargaan mahupun pujian, saya tetap tabik hormat kepada seluruh jentera Umno-BN di akar umbi yang bekerja keras bukan sahaja di kawasan BN bertanding bahkan turut membantu memenangkan calon Bersatu atas bendera PN di kawasan yang hakikatnya menjadi tradisi kubu kuat Umno-BN hampir 30 tahun,” katanya.
Asyraf berkata demikian sebagai respons terhadap Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyatakan rakyat memilih PN disebabkan gabungan itu tidak dibebani dengan isu masa lalu.

0 Comments