Hakim tolak saman Najib, anggap penyalahgunaan proses mahkamah


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan untuk membatalkan saman bekas perdana menteri, Najib Razak  terhadap AmBank dan bekas Pengurus Perhubungannya Joanna Yu Ging Ping.

Ia berhubung dakwaan cuai dalam pengendalian akaun dengan mendedahkan transaksi akaun kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Hakim Datuk Khadijah Idris membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan AmBank, AMMB Holdings Berhad dan Ging Ping selaku defendan untuk membatalkan saman

Ketika membuat keputusan itu, Hakim  memutuskan saman yang difailkan oleh Najib itu  dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Khadijah berkata, saman Najib terhadap tiga defendan itu sebagai suatu yang melampau, menyakitkan hati, remeh-temeh.

Ia juga dianggap  penyalahgunaan proses mahkamah kerana dibuat sebagai kolateral untuk perbicaraan kes jenayahnya berhubung dana SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah tolak saman Najib
“Tindakan plaintif ini bukan untuk menuntut ganti rugi tetapi sebagai kolateral (jaminan) bagi memperkukuh (pembelaan) plaintif dalam kes SRC, justeru, ini adalah penyalahgunaan proses mahkamah,” katanya.

Sebagai rekod,  Ging Ping merupakan saksi pendakwaan ke-54 dalam perbicaraan kes SRC International membabitkan Najib. Ahli Parlimen Pekan itu memulakan saman itu selepas Ging Ping memberi keterangan dalam perbicaraan kes terbabit.

Susulan pembatalan saman itu, Mahkamah memerintahkan Najib membayar kos RM30,000 kepada kedua-dua entiti AmBank dan RM25,000 kepada Yu.

Post a Comment

0 Comments