Korban koronavirus lepasi angka seribu orang


ANGKA korban akibat wabak novel koronavirus di China telah melebihi angka 1,000 orang.

Agensi berita Sputnik yang memetik jawatankuasa kesihatan negara China pada Selasa berkata, jumlah kematian sehingga kini ilah seramai 1,016 orang manakala kes jangkitan disahkan juga meningkat kepada 42,638 orang.

"Menjelang tengah malam 10 Feb, berdasarkan maklumat yang diterima dari 31 wilayah...kira-kira 42,638 kes disahkan, termasuk 37,626 orang kini dijangkiti (7,333 dalam keadaan kritikal), 3,996 dibenarkan keluar hospital dan 1,016 meninggal dunia," kata jawatankuasa tersebut.

Pada Isnin, angka korban ialah seramai 908 orang dan jumlah kes disahkan pula sebanyak 40,171.

Sementara itu, pasukan khas pakar perubatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilapor tiba di China semalam.

Menurut Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus, pasukan yang diketuai Pakar Kecemasan Dr Bruce Aylward itu akan bekerjasama dengan rakan sejawatnya di China bagi mendapatkan jawapan mengenai virus tersebut.

Post a Comment

0 Comments