Usul mahu dikemuka PAS tindakan tidak normal


CADANGAN parti  PAS yang mahu mengemukakan usul undi menyokong Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad di Parlimen tidak perlu kerana tiada kesan.

Bekas hakim, Gopal Sri Ram  berkata, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, Peraturan Mesyuarat Parlimen atau melalui persidangan untuk undi percaya dibawa ke Dewan Rakyat.

“Terpulang kepada speaker Dewan Rakyat sama ada mahu membenarkan penyelesaian sedemikian,” katanya.

Sri Ram sebelumnya hasrat parti PAS membentangkan usul menyokong kepimpinan Mahathir.

"Undi percaya adalah tidak normal dan tidak pernah berlaku dalam sistem Parlimen Westminster," jelasnya.

Sebagai rekod, terdapat hanya 19 kerusi diwakili Ahli Parlimen PAS dalam Dewan Rakyat, bilangan itu tidak sampai 10 peratus dari jumlah keseluruhan 222 kerusi dalam dewan itu.

Cadangan itu yang dikemuka Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dianggap lucu, anak kepada perdana menteri, Muhriz Mahathir sebelum ini membidas sambil mempersoal niat sebenar dibalik usaha yang mahu dilakukan itu.

BACA: Mukhriz bidas cadangan 'undi percaya' oleh PAS 

Usul yang mahu dikemukakan itu tambah pelik kerana sebelum Pilihan Raya Umum (PRU). Presiden Pas dalam satu ceramah di Jertih pernah menolak mengajak rakyat kepimpinan Dr Mahathir yang menurutnya merbahaya buat negara.

"Buat apa pilih Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, sedangkan sepanjang 22 tahun menjadi pemimpin negara, beliau banyak menimbulkan masalah kepada rakyat," katanya ketika berceramah di PDM Kampung Cerang Meliling ketika itu.
 

Post a Comment

0 Comments