LTdL Stage 5: Ipoh Harrif Saleh punya


PELUMBA Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh membuktikan kejaguhannya apabila memenangi saingan peringkat 5 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dari Kuala Kubu Bharu ke Ipoh, Sebentar tadi.

Kejayaan tersebut mengulangi sejarah yang dilakarnya bagi saingan LTdL 2019 apabila turut memenangi satu peringat saingan. 

Harrif yang muncul naib juara pada pusingan pemanas badan di Kota Kinabalu sebelum ini menamatkan perlumbaan sejauh 165.8 kilometer (km) itu menerusi pecutan penamat beramai-ramai dengan catatan masa 3 jam 39 minit 42 saat.

Harrif tiba awal di garis penamat
Pecutan Harrif menafikan kehebatan penyarung Jersi Hijau (raja pecut) dari pasukan NNT Pro Cycling, Maximilian Richard Walscheid yang berada di tempat kedua.

Kejuaraan yang dicipta Harrif hari ini melonjakkan beliau ke kedudukan ketiga raja pecut keseluruhan.

Pasukan TSG turut kekal sebagai pasukan kedua terbaik keseluruhan LTdL yang cuma ketinggalan lima minit di belakang Sapura Cycling Team (TSC).

Sementara itu, dalam saingan perebutan Jersi Kuning (pendahulu keseluruhan), Putih (terbaik Asia) dan Merah (Raja Bukit) pula menyaksikan tiada perubahan berlaku.

Danilo Celano dari TSC, pelumba Vino-Astana Motors, Yevgeniy Fedorov dan Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff juga dari TSC mengekalkan jersi masing-masing yang dimenangi semalam.

Esok pelumba bakal mengharungi saingan peringkat keenam bermula di Taiping dan berakhir di Pulau Pinang dengan jarak perlumbaan sejauh 151.3 kilometer.


BACA LAGI: 
LTdL-25 Stage 5: Ipoh Harrif Saleh punya
LTdL-25 Stage 4 :Sapura rampas jersi kuning 
LTdL-25 Stage 3: Walscheid rampas jersi, Aiman Raja Bukit 
LTdL-25 Stage 2: Jones juara, Federov kekal kuasai jersi
LTdL-25 Stage 1: Yevgeniy Fedorov bolot tiga jersi
LTdL -Criterium : Sprinter NTT Pro beri amaran awal


Post a Comment

0 Comments