HARAPAN Pulau Pinang didaftar secara rasmi



MAJLIS Pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) Pulau Pinang telah didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftar Petubuhan (ROS).

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Majlis Pimpinan HARAPAN negeri itu, Lim Hui Ying dipetik laporan media.

Jelasnya, ROS telah menerima permohonan dari gabungan itu  Pulau Pinang, Lim Hui Ying di bawah Seksyen 12 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 3350).
 
Susulan daripada itu, katanya, satu perjumpaan khas di antara Majlis Pimpinan HARAPAN Pulau Pinang bersama Ketua Setiausaha sekretariat gabungan itu, Saifuddin Nasution Ismail telah diadakan pada 22 Oktober lalu.

"Pada perjumpaan tersebut, sijil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang berkenaan turut disampaikan secara rasmi kepada Majlis Pimpinan HARAPAN Pulau Pinang.

"Berikutan dengan penubuhan secara rasminya HARAPAN Pulau Pinang, kerjasama dan silaturahim yang lebih erat dapat dijalinkan di antara parti-parti komponen HARAPAN, iaitu KEADILAN, DAP dan Amanah," katanya dalam satu kenyataan.

HARAPAN Pulau Pinang didaftar secara rasmi
Difahamkan Majlis Pimpinan HARAPAN Pulau Pinang dipengerusikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan dibantu Muhammad Bakhtiar Wan Chik (KEADILAN) selaku timbalan pengerusi 1 dan Dr Roslan Ahmad (Amanah) selaku timbalan pengerusi 2.

Sementara  Sim Tze Tzin (KEADILAN) selaku bendahari, Lee Wei Seang (DAP) selaku ketua pemuda dan Dr Norlela Ariffin (KEADILAN) adalah ketua wanita bagi gabungan itu di peringkat negeri. 

Post a Comment

0 Comments