BEKAS Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengulangi pendiriannya supaya Program Sarapan Pagi Percuma (PSP) untuk semua murid sekolah rendah dilaksanakan semula tanpa diskriminasi.
Perkara itu dinyatakan melalui ciapan di Twitternya yang mengulangi cadangan dikemukanya ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada September lalu.
“Saya hanya mahukan Program Sarapan Pagi Percuma untuk semua anak-anak sekolah rendah tanpa diskriminasi.
“Demi masa depan negara, pembangunan holistik murid, membantu golongan B50, M30 dan pengusaha kantin yang terjejas,” ciapnya.
Ketika perbahasan RMK September lalu, Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, langkah memperkenal PSP bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar malah kepada peniaga yang terjejas sepanjang krisis pandemik COVID-19.
“Menurut kajian pada tahun 2019, PSP dijangka memberi manfaat kepada hampir 2.7 juta murid untuk tempoh 200 hari setahun.
“PSP juga perlu dilaksanakan semula ekoran wabak Covid-19 yang melanda menjadikan ekonomi rakyat semakin parah. Laporan Jabatan Statistik Negara (DOSM) juga mengatakan bilangan T20 telah merosot lebih 12 peratus manakala 20 peratus daripada golongan M40 kini beralih kepada B40,” katanya sebelum ini.
Program PSP merupakan inisiatif digerakkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang mengikut perancangan akan dilaksanakan awal tahun 2020, namun tergendala selepas kerajaan Malaysia bertukar kepimpinan.
Perkara itu dinyatakan melalui ciapan di Twitternya yang mengulangi cadangan dikemukanya ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada September lalu.
“Saya hanya mahukan Program Sarapan Pagi Percuma untuk semua anak-anak sekolah rendah tanpa diskriminasi.
“Demi masa depan negara, pembangunan holistik murid, membantu golongan B50, M30 dan pengusaha kantin yang terjejas,” ciapnya.
Ketika perbahasan RMK September lalu, Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, langkah memperkenal PSP bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar malah kepada peniaga yang terjejas sepanjang krisis pandemik COVID-19.
“Menurut kajian pada tahun 2019, PSP dijangka memberi manfaat kepada hampir 2.7 juta murid untuk tempoh 200 hari setahun.
PSP bakal beri manfaat kepada ramai pelajar |

0 Comments