PELUMBA pasukan Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo menjadi pelumba Perancis pertama menjuarai saingan dunia MotoGP.
Terkenal dengan jolokan El Diablo, Quantararo mengesahkan status kejuaraanya selepas pencabar terdekatnya, Pecco Bagnaia terbabit kemalangan pada Grand Prix (GP) Emilia Romagna,semalam.
Pada saingan sengit semalam, Bagnaia yang menunggang jentera Ducati tampak mahu memastikan perebutan gelaran juara dunia terus 'hidup' apabila jauh meninggalkan pelumba Honda Repsol, Marc Marquez.
Meskipun bermula dengan sempurna dan berjaya mengetepikan Marquez, impian Bagnaia berakhir di litar itu selepas berdepan insiden sama seperti dua tahun lalu - sekali gus meranapkan hasratnya dan Pramac Racing untuk menjulang kejuaraan sulung.
Bagnaia berdepan insiden di Selekoh 15 ketika perlumbaan berbaki lima pusingan lagi.
Kemalangan itu menyaksikan gelaran juara sah menjadi milik Quartararo yang menamatkan perlumbaan pada kedudukan keempat meskipun bermula di petak ke-15.
Dengan mengutip 13 mata, Quantararo mempunyai kelebihan 52 mata untuk dibawa ke perlumbaan seterusnya dan ia tidak mampu dipintas oleh mana-mana pelumba dengan apa jua keputusan yang terhasil di sini.
![]() |
Quantararo jadi juara musim ini |
Velentino Rossi yang tampil pada perlumbaan terakhir MotoGP di tanah kelahirannya sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke sepuluh.
0 Comments