PAS bukan 'king maker' , percaturan UMNO dan peluang HARAPAN menang


KENYATAAN Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melak pada 20 November ini akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim melihat kesempatan itu perlu diguna sebaik mungkin untuk HARAPAN bagi mengembalikan semula mandat rakyat dan ia boleh dilakukan dengan meletakkan calon berkaliber dan mempunyai integriti termasuk bukan kalangan mereka yang melompat parti.

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Johor itu berkata begitu ketika diminta mengulas sama ada keputusan UMNO akan menyebabkan undi orang Melayu di Melaka akan berpecah sekaligus memberi kelebihan buat HARAPAN.


Terdahulu, Zahid ketika ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya di Melaka Khamis lalu menegaskan bahawa tidak ada kerjasama lagi dengan bersatu pada PRN Melaka.

Ia seperti seperti ketetapan yang telah dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 lalu.

Seorang penganalisis politik, Dr Mazlan Ali melihat Strategi UMNO untuk bergerak solo dalam menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dilihat sebagai satu pertaruhan yang agak besar.

UMNO jelasnya terdesak untuk kembali menjadi sebuah parti yang dominan dan dijangka menjadikan PRN itu sebagai simulasi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Mereka (UMNO) akan melihat adakah dengan menyertai PRN Melaka secara solo akan membuahkan hasil atau tidak. Sekiranya UMNO berhasil memenangi PRN ini secara solo, maka ia akan memberi mesej bahawa UMNO akan berjaya dalam PRU15 akan datang dengan cara solo juga," katanya dipetik.

Sementara itu, Hassan ketika diminta mengulas dakwaan PAS akan menjadi 'king maker' pada PRN Melaka untuk membuat pilihan sama ada bersama-sama UMNO atau Bersatu menafikan perkara itu boleh berlaku.

Katanya, PAS hanya akan menyokong mana-mana parti yang akan memberi kemenangan untuk membolehkan mereka kekal dalam kerajaan.

"Parti itu juga bukanlah 'king-maker' seperti yang dikatakan kerana mereka tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat khususnya di negeri pantai barat termasuk di Melaka," kata Hassan.

PAS kini dipersoalkan pendirian politik mereka di Melaka, sama ada mereka mahu menyokong Umno atau Bersatu memandangkan kedua-dua pihak berseteru itu adalah rakan politik PAS melalui jajaran kerjasama politik berbeza.

Jika memilih memihak kepada Perikatan Nasional (PN) timbul persoalan apakah PAS akan bersekongkol dengan Bersatu untuk mengalahkan calon UMNO pada PRN itu.

PAS tidak berjaya memenangi mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka pada Pilihan Raya lalu.

Post a Comment

0 Comments