SEBUAH pertubuhan bukan kerajaan, Jingga 13 Malaysia mempersoal tindakan Dewan Rakyat yang menolak isu berkaitan pendedahan Kertas Pandora yang diusulkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, adalah amat musykil dan mengecewakan apabila Speaker Dewan dilihat bersikap bias kepada penyangak, perompak dan penyamun serta pemimpin VVIP yang memunggah keluar wang rakyat untuk disimpan di luar negara.
“Transaksi melibatkan wang negara mencecah lebih RM1.8 trilion tidak sepatutnya dipertahankan ketika rakyat sedang berhadapan dengan kelaparan, pengangguran, jurang kemiskinan yang melebar serta hidup dalam kesusahan dan kepayahan.
“Rakyat ternanti-nanti ingin mengetahui kenapa wang tersebut boleh dibawa keluar sehingga begitu banyak dan bagaimana pula seorang menteri, bekas menteri mahupun VVIP tersebut boleh memiliki wang sebegitu banyak dan disembunyikan di luar negara sepertimana dakwaan membabitkan Kertas Pandora.
“Usul dan pendedahan Kertas Pandora wajar dibahaskan dan bukannya dinafikan atas pelbagai alasan sepertimana yang dilakukan oleh Speaker,” kata Fariz dalam kenyataan.
Menurut bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN itu lagi, isu pendedahan itu seharusnya menjentik naluri Speaker Dewan Rakyat untuk mendapatkan keadilan dan kebenaran agar ianya kelihatan telus dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Tegasnya lagi, sekiranya Speaker lemah dan tidak mempunyai keupayaan dalam mengendalikan isu ini, adalah lebih baik baginya melepaskan jawatan dan digantikan dengan mereka yang lebih profesional, berkecuali dan telus.
Sementara itu Jingga 13 Malaysia turut mendesak Perdana Menteri supaya menubuhkan Suruhanjaya DiRaja atau segera membuka Kertas Putih bagi menyiasat pendedahan yang melibatkan beberapa figura penting negara berkaitan pemilikan akaun luar pesisir itu.
Dalam masa sama, beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mendesak isu Kertas Pandora disiasat dan diambil tindakan segera bagi memastikan pengkhianat dan perompak wang negara dibawa ke muka pengadilan serta wang negara yang telah hilang dikembalikan.
Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, adalah amat musykil dan mengecewakan apabila Speaker Dewan dilihat bersikap bias kepada penyangak, perompak dan penyamun serta pemimpin VVIP yang memunggah keluar wang rakyat untuk disimpan di luar negara.
“Transaksi melibatkan wang negara mencecah lebih RM1.8 trilion tidak sepatutnya dipertahankan ketika rakyat sedang berhadapan dengan kelaparan, pengangguran, jurang kemiskinan yang melebar serta hidup dalam kesusahan dan kepayahan.
“Rakyat ternanti-nanti ingin mengetahui kenapa wang tersebut boleh dibawa keluar sehingga begitu banyak dan bagaimana pula seorang menteri, bekas menteri mahupun VVIP tersebut boleh memiliki wang sebegitu banyak dan disembunyikan di luar negara sepertimana dakwaan membabitkan Kertas Pandora.
“Usul dan pendedahan Kertas Pandora wajar dibahaskan dan bukannya dinafikan atas pelbagai alasan sepertimana yang dilakukan oleh Speaker,” kata Fariz dalam kenyataan.
Menurut bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN itu lagi, isu pendedahan itu seharusnya menjentik naluri Speaker Dewan Rakyat untuk mendapatkan keadilan dan kebenaran agar ianya kelihatan telus dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Tegasnya lagi, sekiranya Speaker lemah dan tidak mempunyai keupayaan dalam mengendalikan isu ini, adalah lebih baik baginya melepaskan jawatan dan digantikan dengan mereka yang lebih profesional, berkecuali dan telus.
Kertas putih siasatan mesti diwujudkan |

0 Comments