Lori tangki meletup ketika penduduk sedut minyak


SEKURANG-KURANGNYA
tujuh penduduk di utara Colombia maut dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila muatan dibawa sebuah lori tangki yang terbalik, meletup.

Dalam kejadian di bandar Barranquilla dengan Santa Marta itu, berpuluh-puluh orang mengerumuni sebah lori tangki yang terbalik, mereka cuba menyedut muatan minyak dibawa lori berkenaan.

Namun secara tiba-tiba api tercetus dan menyambar lori tersebut hingga menyebabkan kebakaran dashyat berlaku.
Satu rakaman video mengenai kejadian itu turut tersebar di media sosial sejak semalam dimana terdapat sebilangan mangsa cuba menyelamatkan diri dan satu lagi video merakamkan mayat mangsa yang rentung.

Keadaan di tempat kejadian
"Kami percaya sekurang-kurang tujuh orang mati terbakar dalam insiden tragik ini," kata Datuk Bandar Pueblo Viejo, Fabian Ospino dipetik laporan AFP.

Polis kemudian mengesahkan 49 mangsa lain telah cedera dalam kejadian tersebut.

"Ada mangsa melecur lebih 90 peratus daripada badan mereka," kata Gabenor Jabatan Magdalena, Carlos Caicedo.

Caicedo berkata, pihaknya bekerjasama dengan pasukan tentera udara bagi membantu menerbangkan mangsa ke bandar lain yang memiliki wad rawatan untuk mangsa kebakaran berikutan Magdalena tiada kemudahan berkenaan. 

Post a Comment

0 Comments