PARTI Keadilan Rakyat (KEADILAN) berjaya mengumpul sumbangan RM500,000 untuk kebajikan warga Palestin yang terkesan dengan keganasan rejim zionis.
Perkara itu diumumkan Presiden Parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di Facebook.
Menurut Anwar, sumbangan itu yang dikumpul dalam tempoh 24 jam lalu diharap memberi kelegaan kepada para penduduk yang terkesan dan membantu kebajikan mereka.
“Lantaran keadaan terdesak di Semenanjung Gaza, kami telah mengirim segera sumbangan kepada mereka.
“Sekalung penghargaan kepada semua penderma dan staf yang membantu,” ujarnya.
Ketegangan terus meningkat sejak bermula Ramadan susulan lalu. insiden pengusiran keluarga Palestin di Baitulmaqdis Timur selain provokatif melampau di Masjid al-Aqsa yang memuncak pada Jumaat terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa mencetuskan pentempuran ganas.
Tindakan Israel itu menerima kecaman hebat masyarakat dunia yang mendesak pihak berkaitan bertindak segera dan bersatu menentang kezaliman tentera Zionis.
![]() |
RM500,000 dikumpul dalam tempoh 24 jam |
Sementara itu dalam kenyataan sama, Anwar turut menggesa pertubuhan tempatan serta komuniti antarabangsa untuk segera menghulurkan bantuan semampu yang mungkin dalam membela warga tertindas di sana.