KETUA Pemuda DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali beranggapan insiden di Parit Raja, Batu Pahat memberi signal betapa kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dikepalai Muhyiddin Yassin gagal mendengar keluhan rakyat.
Menerusi satu kenyataan, ADUN Paloh itu berkata, insiden itu juga memberi isyarat jelas kepada kerajaan yang dibentuk melalui 'Langkah Sheraton' itu supaya membuka segera Parlimen dan tidak berselindung di sebalik darurat yang dilihat tidak berkesan menangani penularan wabak itu.
"Apabila kerajaan gagal melaksanakan nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyatakan Parlimen boleh bersidang pada fasa darurat ini, banyak suara-suara rakyat marhaen tidak dapat diangkat kepada kerajaan menerusi saluran Dewan Rakyat.
"Lebih ramai rakyat akan menggunakan saluran-saluran alternatif untuk menyampaikan hasrat dan luahan hati mereka," katanya menerusi kenyataan tersebut.
Pada Khamis lalu, gambar dan video sekumpulan penunggang motosikal membakar suar dan memegang kain rentang “kerajaan gagal” tular laman media sosial.
Terbaharu, sebanyak 20 penduduk setempat dipercayai terlibat ditahan. Polis percaya kira-kira 40 orang terbabit.
Tindakan penduduk itu turut menarik perhatian seorang pemimpin Umno.
Bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Mohd Puad Zarkashi kemudian menggesa Muhyiddin Yassin berfikir kenapa rakyat bertindak menunjuk perasaan lagi-lagi ketika malam sambutan Aidilfitri,
Puad menarik perhatian kerajaan bahawa tunjuk perasaan rakyat bukan di Parit Raja sahaja.
“Ada yang berhari raya di lebuh raya sambil tayang sepanduk ‘Kerajaan Gagal’. Semoga perdana menteri ke-8 berpihak di bumi nyata.” tegasnya.
Sementara itu, Sheikh Umar yang juga adalah Naib Pengerusi DAP Johor itu turut berkata, sekiranya kerajaan terus 'bodoh sombong' dengan menyekat saluran demokrasi di sidang Parlimen, rakyat marhaen akan memilih ruang demokratik yang lain untuk ekspresi dan meluahkan ketidak puasan hati.
"Lihatlah sahaja (insiden) di Parit Raja. Bila hal ini terjadi, kerajaan tidak patut menyalahkan orang. 'You deserve it'," ujar beliau.
Menerusi satu kenyataan, ADUN Paloh itu berkata, insiden itu juga memberi isyarat jelas kepada kerajaan yang dibentuk melalui 'Langkah Sheraton' itu supaya membuka segera Parlimen dan tidak berselindung di sebalik darurat yang dilihat tidak berkesan menangani penularan wabak itu.
"Apabila kerajaan gagal melaksanakan nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyatakan Parlimen boleh bersidang pada fasa darurat ini, banyak suara-suara rakyat marhaen tidak dapat diangkat kepada kerajaan menerusi saluran Dewan Rakyat.
"Lebih ramai rakyat akan menggunakan saluran-saluran alternatif untuk menyampaikan hasrat dan luahan hati mereka," katanya menerusi kenyataan tersebut.
Pada Khamis lalu, gambar dan video sekumpulan penunggang motosikal membakar suar dan memegang kain rentang “kerajaan gagal” tular laman media sosial.
Terbaharu, sebanyak 20 penduduk setempat dipercayai terlibat ditahan. Polis percaya kira-kira 40 orang terbabit.
Tindakan penduduk itu turut menarik perhatian seorang pemimpin Umno.
Bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Mohd Puad Zarkashi kemudian menggesa Muhyiddin Yassin berfikir kenapa rakyat bertindak menunjuk perasaan lagi-lagi ketika malam sambutan Aidilfitri,
Puad menarik perhatian kerajaan bahawa tunjuk perasaan rakyat bukan di Parit Raja sahaja.
“Ada yang berhari raya di lebuh raya sambil tayang sepanduk ‘Kerajaan Gagal’. Semoga perdana menteri ke-8 berpihak di bumi nyata.” tegasnya.
![]() |
Kerajaan Muhyiddin jangan 'bodoh sombong' |

0 Comments