SEORANG pemimpin DAP menggesa kerajaan dikepalai Muhyiddin Yassin membuka parlimen dengan segera.
Senator Liew Chin Tong dalam kenyataan berkata, pembukaan semula Parlimen itu penting bagi membahaskan usul mengecam serangan Israel ke atas rakyat Palestin yang kian kritikal.
Bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu membuat gesaan itu sambil mengambil contoh tindakan dilakukan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Januari 2009 yang telah memanggil sidang khas parlimen bagi membahas dan mengusulkan 10 ketetapan bagi membela nasib rakyat Palestin akibat serangan rejim Israel ke atas Gaza pada waktu itu, bersama semua ahli parlimen.
Susulan tindakan memanggil sidang khas itu tambahnya telah menyebabkan parlimen Malaysia sentiasa mencapai kata sepakat mengutuk keganasan rejim tersebut setiap kali Israel bertindak ganas.
“Justeru, amat wajar bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN) membuka parlimen dan segera membahaskan isu pembelaan rakyat Palestin secara bersama tanpa mengambil kira perbezaan politik, untuk menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin,” kata Chin Tong.
BACA:KEADILAN kumpul dana bantu Palestin
Katanya lagi dengan pembukaan semula parlimen, ia bukan sahaja dapat menetapkan pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa, namun merintis jalan untuk membincangkan isu-isu besar dan penting di dalam negara kita, khususnya ketika dunia dilanda pandemik Covid-19.

![]() |
Bahas isu bela rakyat palestin segera |

0 Comments