SEORANG lagi EXCO Kerajaan Negeri Terengganu didenda RM2,000 kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) berkait larangan ziarah Aidilfitri.
Ketua Polis Daerah Kemaman Hanyan Ramlan yang dipetik laporan portal FMT berkata, ADUN Chukai dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Hanafiah Mat telah dipanggil memberi keterangan.
“Adun Chukai terbabit hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman kira-kira 9 malam tadi dan dikenakan kompaun RM2,000 kerana melanggar SOP ditetapkan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Sebelumnya gambar Hanafiah melawat anak yatim pada pagi 1 Syawal (Khamis lalu) tular di media sosial.
Sementara itu, dalam catatan menerusi laman Facebook, Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri berkata, beliau reda apabila dikenakan kompaun kerana melanggar SOP.
BACA: Exco PAS didenda kerana langgar SOP
Terdahulu, ADUN Jabi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Azman Ibrahim didenda RM2,000 kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana menerima tetamu pada 1 Syawal.
![]() |
Hanafiah redha kena kompaun langgar SOP |
Pemimpin PAS itu dan tetamu yang juga jirannya, Zakaria Mahmud dikenakan kompaun RM2,000.
0 Comments