ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) mengkritik kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa Malaysia menyokong penyelesaian konflik Israel - Palestin melalui Penyelesaian Dua Negara (Two-State-Solution).
Naib Ketua-nya, Syed Badli Shah Syed Osman melalui satu kenyataan berkata, kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu dianggap sebagai pengkhianatan terhadap rakyat Palestin.
"Kerajaan Malaysia tidak seharusnya menyokong langkah ini kerana penyelesaian melalui rundingan dua negara ibarat Malaysia mengiktiraf kewujudan negara Israel.
"Sebaliknya kerajaan perlu memberikan sokongan padu ke arah penubuhan negara Palestin dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel menceroboh tanah milik Palestin," katanya dalam kenyaatan.
Semalam, Muhyiddin berkata Malaysia menyokong penyelesaian yang adil dan saksama melalui Penyelesaian Dua Negara berdasarkan garis sempadan sebelum tahun 1967.
"Malaysia akan terus menyokong segala usaha demi mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan, khususnya menerusi rundingan melibatkan pihak-pihak yang berkaitan, berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa serta resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan," katanya dalam perutusan khas mengenai situasi di Palestin semalam.
Mengulas lanjut, Syed badli berkata dunia Islam perlu bangkit bersatu bagi mengiktiraf penubuhan negara Palestin, sekali gus menggesa Israel berundur dari bumi Palestin.
Beliau turut menggesa kerajaan segera memanggil sidang khas parlimen bagi meluluskan usul tergempar terhadap sokongan bagi menubuhkan negara Palestin.
Serangan rejim Israel terhadap orang awam Palestin yang memuncak minggu ini dikritik ramai.
Dalam satu kenyataan sebelum ini, Ketua Pembangkang yang juga Presiden KEADILAN, DatuK Seri Anwar Ibrahim menggesa keadilan di bumi Palestin dipertahankan.
Kerajaan negara Islam tegasnya perlu bangkit menentang kekejaman Zionis Israel dengan usaha menyelamatkan Palestin tidak boleh diharapkan kepada badan dunia lantaran kelemahan negara Islam itu sendiri.
"Negara Barat mengambil sikap yang sangat hipokrit, bertentangan dengan nilai kemanusiaan.
"Mereka membantah ketuanan kulit putih, Aparteid, tetapi tidak dalam isu ini. Jadi, kita (negara Islam) harus bertindak," katanya.
Sementara itu tambah Anwar, negara Islam perlu segera menggerakkan bantuan kemanusiaan ke bumi Palestin.

BACA: KEADILAN kumpul dana bantu rakyat Palestin
Beliau dalam satu siaran langsung di Facebooknya turut mengumumkan bahawa KEADILAN telah mengadakan kutipan dana untuk kebajikan rakyat Palestin dan dalam tempoh 24 jam, pihaknya dapat mengumpulkan sebanyak RM500,000.
![]() |
Penjarahan rejim Israel perlu dikutuk |
“Lantaran keadaan terdesak di Semenanjung Gaza, kami telah mengirimnya dengan segera kepada mereka.
“Mengharapkan ia dapat memberi kelegaan kepada para penduduk yang terkesan dan membantu kebajikan mereka,” ujarnya.

0 Comments