Exco PAS didenda kerana langgar SOP


SEORANG pemimpin Kerajaan Negeri Terengganu didenda RM2,000 setelah didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Azman Ibrahim yang merupakan Exco Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Terengganu didakwa menerima tetamu di rumah sedangkan kerajaan melarang aktiviti sosial ziarah pada sambutan perayaan umat Islam itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad dipetik Utusan Online berkata pemimpin PAS itu dan tetamu yang juga jirannya, Zakaria Mahmud dikenakan kompaun RM2,000.
 
“Kedua-dua mereka menerima kompaun berkenaan selepas hadir memberikan keterangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Besut kira-kira pukul 12 tengah hari ini,” kata Abdul Rozak.

Azman sebelum ini dikritik selepas seorang tetamu ke rumahnya membuat hantaran gambarnya bersama exco itu di media sosial.

Dia dipetik laporan media kemudiannya berkata tidak munasabah untuk menolak tetamu ke rumah semasa musim perayaan.
 
"Tak munasabah kita nak tutup pintu dan kunci kemas kemudian suruh rakyat balik kerana ziarah raya," menurut sebahagian kenyataanya.

Azman didapati langgar SOP ditetapkan
Difahamkan Azman menerima surat tawaran untuk mengkompaun kesalahan tersebut dan memaklumkan akan menjelaskan kompaun tersebut secapat mungkin.

Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini dikritik bukan sahaja kerana pengumuman PKP selang beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri, malah larangan ziarah pada sambutan hari raya tahun ini.


Post a Comment

0 Comments