POLIS akan memanggil Menteri, Mohamed Azmin Ali berhubung satu gambar tular yang memaparkan ahli keluarga Ahli Parlimen Gombak itu merentas daerah dan berkumpul bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali yang dipetik laporan media berkata, turut akan dipanggil ialah ahli keluarga Mohamed Azmin, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di kediaman beliau.
Polis menerima laporan pada jam 3 petang Jumaat berkenaan hantaran dalam Facebook atas nama Ummi Hafilda Ali yang tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen.
Ummi Hafilda merupakan adik kepada Azmin dan hubungan kekuargaan mereka difahamkan berada dalam keadaan tidak baik.
"Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 13 Mei 2021 (Khamis) lebih kurang jam 8 pagi di kediaman rasmi Mohamed Azmin di Presint 10, Putrajaya.
“Maklumat awal mendapati sambutan dan jamuan raya tersebut hanya di kalangan ahli keluarga YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali yang mendiami kediaman tersebut." katanya.
Ummi dalam hantaran di media sosialnya mempersoalkan tindakan Azmin berkumpul bersama anak menantunya.
![]() |
Ummi persoal tindak tanduk abangnya |
"Rakyat Marhaen gi (pegi) kubur N (dan) rentas daerak pun tak boleh.
"Yang
hang anak beranak menantu cucu dok ramai ramai sambut raya boleh pulak
min.tang mana anak menantu hang dok sekali?.sejak bila min oii?"
soalnya.
BACA: Warganet persoal tempoh kuarantin Azmin Ali
BACA: Exco PAS didenda kerana langgar SOP
Beliau dalam hantaran itu juga mempersoal tindakan Azmin yang menurutnya tidak melakukan kuarantin sebaik pulang dari lawatan ke Arab Saudi.
Sementara itu, Mohd Fadzil menasihati pengguna media sosial yang lain supaya berhati-hati semasa mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang ataupun jabatan.
0 Comments