'REFORMASI INSTITUSI' yang mahu dilakukan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob didakwa dibuat bukan berdasarkan keyakinan, namun namun lebih kepada tindakan terdesak untuk mengekalkan kuasa serta kedudukan semata-mata.
Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Wilfred Madius Tangau berkata begitu dalam perbahasan di Dewan Rakyat.
“Apa yang saya ingin tanya kepada Perdana Menteri adalah, kenapakah hanya kerana mahu mempertahankan kuasa dan kedudukan baru mahu melaksanakan reformasi?
“Nampaknya di negara kita ini, reformasi hanya dibuat apabila terpaksa, bukan dengan rancangan serta keyakinan,” tegas Ahli Parlimen Tuaran itu.
Wilfred turut membangkitkan isu Perjanjian malaysia 1963 (MA63).
Kebelakangan ini jelasnya semakin banyak pihak mengenai jurang pembangunan wilayah di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.
Namun tegasnya isu itu tidak hanya digunakan bagi meraih undi semata-mata.
“Dulu kalau ada yang bercakap mengenai hak-hak Sabah seperti 20 perkara dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dilabel sebagai “anti-Federal” dan pasti diambil tindakan mengikut Akta Keselamatan (Dalam Negeri- ISA).
“Syukur hari ini, di dewan yang mulia ini, sudah ada yang mencadangkan supaya kerajaan “pandang ke Borneo” supaya pembangunan di wilayah Borneo dapat ditingkatkan kepada rakan-rakan yang turut memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak, saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan itu.
“Namun bagi saya, memandang sahaja ke Borneo tidak cukup, kerajaan mesti juga mendengar denyutan nadi rakyat, terutama pandangan akar umbi dari wilayah Borneo.
“Sebab itu desentralisasi dalam tadbir urus persekutuan Malaysia amatlah penting dan untuk itu saya mencadangkan supaya salah satu daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang telah pun dipersetujui untuk ditambah di bawah MoU, ialah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Desentralisasi dan Majlis Urustadbir Persekutuan Negeri,” katanya.
![]() |
Benarkan Ismail Sabri terdesak? |
Beliau membawa partinya secara rasmi menganggotai gabungan politik pembangkang terbesar itu baru-baru ini.
0 Comments