INDIVIDU Yang dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat tidak sepatutnya menjadi ejen selain perlu bebas daripada kawalan badan Eksekutif, tegas Mohamad Ariff Md Yusof.
Ariff yang merupakan bekas speaker Dewan Rakyat dan berkhidmat ketika era pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) antara Jul 2018 hingga Jul 2020 berkata, sejak merdeka, konsep diguna pakai di negara ini berdasarkan prinsip demokrasi Berperlembagaan yang mengasingkan kuasa antara Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman.
“Berdasarkan pengasingan kuasa, kita mempunyai cabang yang saksama…tanpa Legislatif tak akan ada Eksekutif, dan Legislatif diperlukan untuk membentuk Eksekutif. Kerana kerajaan tidak lahir begitu sahaja, ia wujud daripada Ahli-ahli Parlimen terpilih, ketua parti atau gabungan parti.
“Dalam realiti, kita harus mencantumkannya dengan proses politik. Tetapi, ia harus berlaku dalam suasana kerjasama (cooperative), bukan dengan cara berperang (combative). Kerajaan dan Legislatif harus saling hormat-menghormati,” katanya menurut laporan Awani.
Menurutnya ketika diberi amanah sebagai speaker, banyak agenda reformasi yang telah disusun antaranya mewajibkan perdana menteri menjawab soalan dalam sesi tertentu, merakyatkan Parlimen, mewujudkan hubungan antara badan bukan kerajaan (NGO) dengan Ahli Parlimen.
Ketika itu jelasnya beliau berjaya mewujudkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen, namun agenda-agenda reformasi parlimen terhenti akibat Langkah Sheraton yang menyaksikan pertukaran kerajaan.
“Apabila Langkah Sheraton terjadi, sudah semestinya saya berasa agak kecewa, banyak perkara terjejas apabila kerajaan bertukar. Sedangkan agenda reformasi Parlimen ketika itu sudah berjalan dengan baik.
“Jadi apabila kerajaan bertukar, saya berkata saya tidak akan berhenti daripada menjadi Speaker. Namun, jika mereka ingin saya berhenti, maka ia harus dilakukan dengan mengikut aturan dalam Parlimen,” katanya.
Ariff berkata, beliau dimaklumkan kerajaan baharu tidak begitu senang dengan cara beliau melakukan tugas sebagai Speaker, yang pada pandangan mereka agak bebas berbanding Speaker sebelum ini.
Ariff yang merupakan bekas speaker Dewan Rakyat dan berkhidmat ketika era pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) antara Jul 2018 hingga Jul 2020 berkata, sejak merdeka, konsep diguna pakai di negara ini berdasarkan prinsip demokrasi Berperlembagaan yang mengasingkan kuasa antara Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman.
“Berdasarkan pengasingan kuasa, kita mempunyai cabang yang saksama…tanpa Legislatif tak akan ada Eksekutif, dan Legislatif diperlukan untuk membentuk Eksekutif. Kerana kerajaan tidak lahir begitu sahaja, ia wujud daripada Ahli-ahli Parlimen terpilih, ketua parti atau gabungan parti.
“Dalam realiti, kita harus mencantumkannya dengan proses politik. Tetapi, ia harus berlaku dalam suasana kerjasama (cooperative), bukan dengan cara berperang (combative). Kerajaan dan Legislatif harus saling hormat-menghormati,” katanya menurut laporan Awani.
Menurutnya ketika diberi amanah sebagai speaker, banyak agenda reformasi yang telah disusun antaranya mewajibkan perdana menteri menjawab soalan dalam sesi tertentu, merakyatkan Parlimen, mewujudkan hubungan antara badan bukan kerajaan (NGO) dengan Ahli Parlimen.
Ketika itu jelasnya beliau berjaya mewujudkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen, namun agenda-agenda reformasi parlimen terhenti akibat Langkah Sheraton yang menyaksikan pertukaran kerajaan.
“Apabila Langkah Sheraton terjadi, sudah semestinya saya berasa agak kecewa, banyak perkara terjejas apabila kerajaan bertukar. Sedangkan agenda reformasi Parlimen ketika itu sudah berjalan dengan baik.
Speaker perlu bebas dari kawalan Eksekutif |

0 Comments