Jangan abai tuntutan veteran tentera, Anwar beritahu k'jaan


PRESIDEN
parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein segera bertindak menyelesaikan tuntutan pesara tentera.

Gesaan itu disuarakan Anwar susulan tindakan kumpulan terdiri dari 1500 pesara tentera berkumpul di Tugu Negara bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap layanan diberi kerajaan.  

Menggear diri mereka sebagai Reunion Veteran, antara yang dibangkitkan adalah agar pencen tentera yang bersara sebelum 2013 diselaraskan, serta hak untuk menerima pencen setelah sekurang-kurangnya 10 tahun berkhidmat.

Menurut mereka, di bawah skim sekarang, kebanyakan daripada lebih 300,000 pesara tentera hidup susah dan termasuk dalam kategori B40.

Hargai jasa veteran tentera, tegas Anwar
“Usah abaikan suara golongan veteran ATM yang telah banyak berjasa kepada negara kita,” kata Anwar dalam kenyataan sebagai mengulas tuntutan kumpulan itu.

Tambahnya, isu kebajikan pesara tentera beberapa kali dibangkitkan beliau dan wakil rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini namun ia belum diselesaikan.

Mengulas lanjut tindakan pesara itu berhimpun, Anwar berkata ia jelas menunjukkan kumpulan itu tiada pilihan selain untuk menegakkan hak mereka selepas didakwa gagal mendapat perhatian Kementerian Pertahanan. .

Post a Comment

0 Comments