MENTERI Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan dakwaan kononnya eman ADUN Harapan di negeri itu mahu keluar parti sebagai fitnah.
Enggan mengulas lanjut, Aminuddin yang juga merupakan ADUN Sekamat mahu pihak yang membuat dakwaan itu tampil membuktikannya.
"Boleh tanya portal (berita) tersebut, mana sumber dia? Siapa ADUN yang nak lompat?...
"kalau dia boleh bagi, saya akan jawab perkara tersebut dan jika tiada, dan dia (portal) hanya tulis, buat apa saya nak jawab.
"Sesiapa sahaja boleh tulis. Jadi siapa ADUN dia? Buktikan," katanya elepas meninjau tapak penjaja di Seremban pada Jumaat.
Khamis lalu, sebuah mendakwa terdapat sekurang-kurangnya enam ADUN daripada HARAPAN akan menyertai Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan baharu di Negeri Sembilan.
Aminuddin sebelum ini menegaskan beliau yakin bahawa ADUN HARAPAN di negeri itu akan tetap memegang amanah yang diberikan rakyat Negeri Sembilan yang memilih gabungan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Sebagai rekod, Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN dan ketika ini dengan komposisi di DUN ialah 20 kerusi dikuasai PH manakala baki 16 kerusi dimiliki Barisan Nasional (BN).
Kerusi HARAPAN terdiri daripada DAP (11), PKR (enam) dan Amanah (tiga)
Baki 16 kerusi adalah milik BN dengan 15 daripadanya dikuasai UMNO manakala MIC (satu).