Agus jelaskan kenapa Anwar lebih layak jadi PM


SAINTIS
politik, Datuk Dr Mohamad Agus Yusof tampil menjelaskan mengapa beliau menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri pilihannya.

Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam muatnaik terbaharu di laman Facebooknya berkata,  pilihan itu dibuat kerana berpandangan bahawa menjaga kepentingan negara melebihi bangsa.
 
“Kenapa DSAI pilihan saya? Prinsip perjuangan lebih secocok dengan saya. Jiwa saya mendahulukan negara dari bangsa. Jiwa saya mengangkat empat perkara yang saya nyatakan kelmarin.

“Jika saya dahulukan negara, mana semangat Melayu saya? Saya telah menulis dalam posting sebelum ini tentang staatsvolk. Telah saya nyatakan untuk Malaysia, staatsvolk Melayu adalah asasnya.

“Teras ini jangan diusik, tetapi ini tidak bermakna kita boleh terus dengan sentimen perkauman. Sentimen perkauman adalah anti staatsvolk yang tidak akan membina negara Malaysia yang bersatu,” kata dipetik.

Agus sebelum ini melalui laman Facebooknya berkata, beliau memilih Anwar berbanding tiga lagi individu lain dinamakan sebagai calon kejawatan itu.

Tiga individu lain adalah Ismail Sabri Yaakob, Tengku Razaleigh Hamzah, dan Datuk Seri Shafie Afdal.

“Saya memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukannya kerana saya mahu memberi peluang kepada beliau setelah lama berjuang. Tidak.

“Tetapi kerana beliau mengangkat nilai dan falsafah demokrasi yang saya mahukan: kebenaran, keadilan, kesejahteraan dan kemanusiaan,” kata Agus dalam tulisan itu.

Semalam 220 Ahli Parlimen dilapor telah menghantar surat akuan berhubung pilihan perdana menteri bagi menggantikan Mahiaddin Yassin.

Kemampuan Anwar sukar dipertikaikan
Daripada empat individu itu, Hanya Anwar dan Ismail telah dicalonkan.

Sehingga kini pihak Istana Negara belum mengumumkan siapa bakal dilantik ke jawatan tersebut.

Post a Comment

0 Comments