BEBERAPA pemimpin politik dilihat terlebih awal mengumumkan Ahli Parlimen Bera dipilih oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai perdana menteri.
Ia susulan titah baginda supaya 114 ahli parlimen merangkumi pelbagai parti yang membentuk pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebelum ini dipanggil ke Istana Negara esok.
Kumpulan itu termasuk dari Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah, STAR serta beberapa ahli Bebas yang dijangka menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam beberapa kumpulan mulai 10 pagi sehingga 5 petang.
Walaupun Seri Paduka masih dalam proses memilih perdana menteri baharu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mendakwa hanya kumpulan yang menang sahaja dijemput untuk pengesahan sokongan.
"Bererti Ismail Sabri dengan izin Allah adalah calon PM yang menang," katanya.
Difahamkan satu Mesyuarat khas Raja-Raja Melayu akan diadakan pada Jumaat ini di Istana Negara bagi membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri dan kerajaan.
The Star dalam laporan yang memetik sumber istana memberitahu, Seri Paduka Baginda dijangka mengumumkan keputusannya berhubung pencalonan 220 ahli Parlimen yang memilih Perdana Menteri.
Sementara itu, kenyataan melangkaui pengumuman Agong turut dibuat Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.
![]() |
Agong belum umum siapa dipilih Perdana Menteri |
"Alhamdulillah DSIS (Ismail Sabri) telah berjaya diangkat sebagai PM ke 9 berdasarkan jemputan Istana Negara kepada semua MP yang mencalonkan beliau," katanya dipetik satu laporan berita.
0 Comments