KETUA Penerangan KEADILAN Perak, Muhammad Arafat Varisai Mahamad berkata bahawa Umno tidak sepatutnya mengangkat "kluster penderhaka" sebagai calon perdana menteri.
Merujuk kepada Ismail Sabri yang dicalonkan untuk menggantikan Mahiaddin Md Yassin dan desas desus akan digandingkan dengan Mohamed Azmin Ali sebagai timbalannya, Arafat berkata jika itu berlaku ia dapat dianggap sebagai malapetaka buat rakyat.
Beliau dalam satu laporan media berkata, Ismail, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Azmin yang merupakan menteri kanan dalam Perikatan Nasional (PN) itu adalah pemimpin dalam kerajaan yang didakwa gagal sebelum ini.
"Umno memutuskan Ismail Sabri sebagai calon PM, dan saya difahamkan dia telah membuat perjanjian bersama PN untuk melantik Azmin sebagai timbalan perdana menteri setelah diangkat menjadi PM.
"Gandingan ini jika benar-benar berlaku merupakan malapetaka buat negara dan rakyat. Pemimpin 'derhaka' dan pengkhianat ini.
"Ismail Sabri dan Azmin merupakan individu penting membuat keputusan dalam kerajaan PN yang berkali- kali 'derhaka' kepada Yang di-Pertuan Agong dan sampai kesudah mereka tidak mengormati keputusan titah Raja-Raja Melayu untuk membahas Ordinan Darurat di Parlimen," katanya dipetik.
ADUN Hulu Kinta itu turut mengingatkan kembali kelemahan Ismail Sabri semasa menjadi menteri kanan keselamatan ketika negara dilanda wabak Covid-19.
Dengan pelaksanaan SOP yang berterabur dan tidak mampu mengekang peningkatan kes Covid, rakyat jelasnya akan kecewa jika watak ini dipilih sebagai perdana menteri.
![]() |
Arafat tak setuju Ismail Sabri layak jadi PM |
"Dalam keadaan ekonomi rakyat tenat perlu ada seorang PM yg ada kepakaran seperti menteri kewangan untuk mengurus dan membawa keluar negara daripada kemelut ekonomi," katanya yang berpendapat bekas Menteri Kewangan terbaik Asia, Anwar Ibrahim adalah individu yang terbaik untuk memimpin negara.