Filipina sukar pindah penduduk dilanda taufan ketika Covid-19



KETIKA pendemik koronavirus (Covid-19) masih belum reda, Filipina pula berdepan situasi cemas pada Jumaat susulan Taufan Vongfong yang membadai negara itu.

Susulan taufan itu, lebih 150,000 penduduk Filipina terpaksa dipindahkan ke tempat perlindungan kecemasan.

Situasi kelam kabut itu turut menyebabkan proses pemindahan penduduk terbabit menjadi perlahan dan rumit yang berpunca dari wabak Covid-19 itu sendiri.

Beberapa pekerja sukarela dilapor bertungkus-lumus menyediakan tempat perlindungan di Manila selepas .

Bagaimanapun, Taufan Vongfong mula reda selepas membadai di wilayah Samar Timur pada Khamis kemudian menuju ke kepulauan Luzon.

Menurut ramalan cuaca, ribut taufan dengan kelajuan 125 kilometer sejam pada Khamis itu berbahaya terutamanya di kawasan persisir pantai.

Pihak berkuasa tempatan sebelumnya telah menjakakan akan berdepan situasi sukar memindahkan penduduk, operasi itu turut dianggap berisiko tinggi

Sebagai rekod, negara itu masih menguatkuasa perintah berkurung dikuatkuasakan namun beberapa kawasan akan mula dilonggarkan hujung minggu ini.

Setakat ini, Filipina merekodkan lebih 11,600 kes positif COVID-19 dengan 772 kematian. 

Post a Comment

0 Comments